Nur Fatihah Binti Zulkifli Mohamad,16
Future Pilotfighter , InsyaAllah ;>



Final Exam, penentu keputusan hidup saya.


Semakin hari semakin banyak sebab dan alasan yang kukuh untuk saya buat keputusan saya, oh keputusan apa biar saya dan keluarga yang tahu.

Mungkin saya betul betul suka kan seseorang, saya sedih bila dia tak pernah faham perasaan saya dekat dia.
Atau mungkin dia tahu, tapi dia juga seperti saya. Malu untuk mengakui.

Tapi tak apa, saya dah buat keputusan untuk tidak bercinta sehingga sampai masa nya. Serius.

Banyak yang perlu saya belajar, banyak yang perlu saya lakukan untuk berjaya.
Sekarang, hanya Allah dan keluarga tempat saya bercerita dan berkongsi rahsia, terlalu banyak rahsia.
Hidup memang rumit, tapi saya semakin matang dan fikiran saya semakin rasional dan positif.

Keluarga terus memberi sokongan, dan saya mula sedar ramai yang cuma ambil kesempatan terhadap kebaikan saya. Kejamnya dunia.

Saya tengah berperang dengan Peperiksaan Akhir Tahun yang akan menentukan keputusan untuk permulaan hidup yang baru, entah la. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Redha, itu yang mampu.

Post ini lebih kepada serius, kerana saya sedang ada konflik dengan diri sendiri. Lumrah manusia.

Terima kasih kepada yang tidak pernah lupa bertanya khabar, dan sentiasa beri semangat.
Ibu, Nenek, Cuya, Ateh, Abang Khai, and Popo. Po, I'll make you proud of me. InsyaAllah.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, yang datang pasti akan pergi.
Jangan terlalu menyanyangi seseorang yang belum pasti ada untuk awak selamanya , awak ingat.

Saya nak sambung belajar, doakan saya berbuat keputusan yang terbaik. Semoga semuanya berjalan lancar,
Assalamualaikum. 

Love, Tyha.

No comments: